Ahad, 1 April 2012

Projek Melaka Kad....

Melaka Kad


Kiosk Melaka Kad yang akan digunakan secara meluas di Negeri Melaka.


Mengenai Melaka Kad:
Melaka Kad adalah Kad Pembayaran yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Melaka sebagai kaedah pembayaran alternatif kepada tunai.
Melaka Kad menggunakan kaedah cip pintar yang sama dengan kad-kad seperti MyKad, ATM, kad debit dan kredit.
Oleh itu, ianya selamat dan terpelihara untuk digunakan.
Tidak seperti kad prabayar dan kad tunai yang lain di negara ini, Melaka Kad berbeza kerana ianya membenarkan nilai kad dikembalikan.

Konsep - Kenapa menggunakan Melaka Kad?
Penggunaan pembayaran elektronik dalam masyarakat akan meningkatkan kecekapan pengurusan tunai dan keselamatan kepada orang awam dan peniaga amnya.
Dengan pengurusan tunai yang cekap, ianya akan menjimatkan kos secara jangka panjang kepada peniaga.
Apabila penggunaan pembayaran elektronik tinggi, kebergantungan kepada tunai akan berkurangan.
Oleh itu, pengurangan tunai fizikal dalam pasaran dapat dicapai.
Justeru ituitu, negara dapat menjimatkan kos besar dalam pengurusan tunai.

Pihak Berkepentingan
Melaka Kad merupakan inisiatif Bahagian K-Ekonomi, Jabatan Ketua Menrteri Melaka.
Platform dan sistem akan dikendalikan oleh IPS Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia.
IPS Sdn Bhd pada masa ini melaksanakan skim ePurse Malaysia yang dinamakan MEPSCASH dengan sejumlah 39 juta kad ATM & MyKad.


Jadual Pelaksanaan
Melaka Kad akan digunakan mengikut fasa di sektor utama :


untuk kamlumat lanjut:
http://www.emelaka.gov.my/bm/index.php/melakakad1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...