Selamat Datang ke Daerah Hang Tuah Jaya
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
"Bandaraya Pintar"
Mari menatang si buah seraya,
Seraya dimakan si cenderawasih;
Selamat datang ke Hang Tuah Jaya,
Bandaraya pintar, cantik dan bersih.
Sejarah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Hang Tuah Jaya merupakan pusat pentadbiran baru bagi
kerajaan negeri Melaka. Hang Tuah Jaya meliputi kawasan seluas 35733.04 ekar,
merupakan sebahagian daripada 3 daerah iaitu Melaka Tengah dengan 22601.03
ekar, Alor Gajah (12396.41 ekar) dan Jasin (28532.01 ekar).
Di sini terdapat pelbagai pejabat kerajaan, kawasan
perdagangan, pusat konvensyen, kawasan rekreasi, terminal pengangkutan,
pendidikan serta tempat tumpuan pelancongan. Hang Tuah Jaya dibahagikan kepada
beberapa zon iaitu:
Zon Pentadbiran
Zon R&D dan Hub Pendidikan
Zon Perdagangan
Zon Enterprise
Zon Airport City
Zon Perlancongan
Cyber City
Antara tempat-tempat utama yang terdapat di sini ialah:
Ayer Keroh
Seri Negeri yang menempatkan pejabat Ketua Menteri
Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), tempat
berlangsungnya pelbagai konvensyen, seminar dan pameran.
Zoo Melaka
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Masjid al-Alami MITC
Taman Buaya Melaka
Taman Mini Malaysia
Taman Mini Asean
Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam (LTAM)
Planetarium Melaka, planetarium kedua di Melaka
Muzium Orang Asli
Muzium Lebah Sedunia
Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ) telah ditubuhkan bermula
pada 1 Jun 2005 melalui kuatkuasa Enakmen PHTJ yang telah diputuskan dalam
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka pada 11 Mei 2005. Pengerusi Perbadanan
Hang Tuah Jaya ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd
Rustam manakala Timbalan Pengerusinya ialah Datuk Wira Ismail Saleh yang
merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
Majlis Pembandaran Hang Tuah Jaya telah ditubuhkan pada 1
Januari 2010 .
Latar Belakang MPHTJ
Kawasan Pentadbiran Majlis Perbadanan Hang Tuah Jaya (MPHTJ)
pada asalnya merupakan kawasan pentadbiran Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ)
yang telah diwartakan didalam Warta Kerajaan No. 44 bil.PUN(M)353/46/77
bertarikh 19 Januari 2006.
Berdasarkan peruntukan Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan
1976(Akta 171), Kawasan Hang Tuah Jaya akan diwartakan semula sebagai kawasan
pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi mengantikan warta
asal sebagai kawasan Perbadanan. Pintu Masuk MPHTJ ialah melalui Plaza Tol Ayer
Keroh yang terletak dalam kawasan Alor Gajah yang merupakan antara plaza tol
terkenal di negara ini. Sebaik sahaja pelancong memasuki plaza tol itu, mereka
disajikan dengan kawasan pelancongan yang menarik disekitar Pusat Dagangan
Antarabangsa Melaka (MITC.) Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah
Jaya (MPHTJ) berkeluasan 144.6 km persegi (35,733.04 ekar) merangkumi tiga
daerah iaitu sebahagian daerah Melaka Tengah, sebahagian daerah Alor Gajah dan
sebahagian daerah Jasin.
Kawasan Pentadbiran ini mengandungi Sembilan Mukim seperti
yang dinyatakan dibawah:
Enam (6) di Daerah Melaka Tengah
Sebahagian Mukim Batu Berendam
Sebahagian Mukim Bukit Baru
Sebahagian Mukim Bukit Katil
Sebahagian Mukim Bachang
Sebahagian Mukim Peringgit
Sebahagian Mukim Ayer Molek
Satu (1) di Daerah Alor Gajah
Sebahagian Mukim Durian Tunggal
Dua (2) di Daerah Jasin
Sebahagian Mukim Ayer Panas
Sebahagian Mukim Kesang
Objektif
Membangunkan Hang Tuah Jaya sebagai pusat ICT dan Multimedia
secara bersepadu sebagai pengerak kehidupan.
Merancang dan membangunkan zon kediaman yang selesa dan
lengkap dengan Infrastruktur sosial dan memenuhi segala prinsip pembangunan
Bandar Mampan.
Merancang dan Menyediakan persekitaran pekerjaan yang
selamat dan kondusif serta mengalakkan penjanaan peluang pekerjaan yang luas
dan berkualiti.
Merancang dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang
holistic menerusi pembangunan hub pendidikan dan institusi-institusi pendidikan
tinggi.
Merancang dan menyediakan kawasan rekreasi dan landskap
berkualiti sesuai dengan Imej MPHTJ sebagai Bandaraya Pintar.
Visi
Menjadikan Hang Tuah Jaya Bandaraya Pintar bertaraf dunia
berkonsepkan Teknologi Hijau
Misi
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya peneraju perkhidmatan dan
pembangunan bertaraf dunia
Dasar Kualiti Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Mengutamakan kepuasan pelanggan serta komited untuk memenuhi
keperluan Sistem Pengurusan Kualiti, akta, undang-undang, peraturan dan dasar
yang telah ditetapkan.
Sentiasa berusaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang
cekap, berkualiti dan cemerlang selaras dengan slogan nasional rakyat didahulukan
pencapaian di utamakan.
Membuat kajian semula terhadap keberkesanan dasar dan
objektif kualiti dari semasa ke semasa.
Logo
Bunga Rasmi
Sepit Udang
Nama Tempatan : Sepit Udang, Mempisang, Bird of Paradise
Nama Saintifik : Helicornia
Tempat-Tempat Menarik dan Tarikan Pelancongan Daerah Hang
Tuah Jaya
1. Planetarium Melaka
2. Rumah Batik Melaka
3. Pusat Bowling Antarabangsa Melaka, MIBC
4. Zoo Melaka
5. Taman Buaya
6. Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, MITC
7. Bandar MITC
8. Kompleks Seri Negeri
9. Taman Seribu Bunga
10. Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
11. Masjid al-Alami
12. Taman Mini Malaysia dan ASEAN
13. Kota Fesyen
14. Muzium Orang Asli
15. Taman Botani
16. Melaka Wonderland
17. Muzium Lebah Sedunia
18. Kampung Buku
19. Litar Permortoran Antarabangsa Melaka, MIMC
20. Gerbang Melaka (Melaka Arches)
21. Dataran Sejarah
22. Muzium Pengangkutan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan